Sunday, April 3, 2011

7 Tips Menghadapi Malam Pertama Pengantin Baru

Assalamualaikum, buat anda yang masih kekal setia membaca blog saya ini.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dan saya amat yakin sekali ianya bakal memberi manfaat buat anda. Post pada kali ini ditujukan khusus buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Ianya berkaitan malam pertama pengantin anda.

Berikut saya kongsikan 7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin anda dengan penuh nikmat dan memuaskan. Sama-sama kita ikutinya…

Tips 1: Pastikan tubuh badan anda bersih dariapda segala kekotoran. Mandi terlebih dahulu sebelum anda mulakan pelayaran bahtera malam pertama pengantin anda. Ini bagi memastikan badan anda akan berasa segar dan wangi. Pasangan anda akan merasa lebih selasa apabila ingin memulakan seks bersama anda.

Tips 2: Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.

Tips 3: Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

Tips 4: Sentuh payudara isteri anda dengan penuh kelembutan. Jangan mengasari isteri anda buat kali pertama.

Tips 5: Tanyakan isteri anda pada bahagian manakah tubuh dia yang membuatkan dia merasa lebih nikmat sewaktu anda sentuhnya. Fokuskan lebih pada bahagian tersebut. Setiap wanita mempunyai titik-titik ghairah yang berlainan dari segi tahap sensitiviti.

Tips 6: Puaskan isteri anda terlebih dahulu. Setelah isteri anda puas, baru anda (si suami) boleh meneruskan aksi mendayung sehingga anda terpancut.

Tips 7: Jangan lupa mengucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you ayang’ ketika anda berdua asyik dan sedang hanyut di buai nikmat malam pertama pengantin. Ini dapat memudahkan lagi isteri anda mencapai orgasma.

No comments:

Post a Comment